Sunday, 20 December 2015

SEJARAH DAN KHASIAT AIR GAU

Image result for AIR GAU

AIR GAU

Air minuman gau yang mempunyai bahan galian/mineral ini telah ditemui pada lebih kurang 20 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman di suatu sumber air di Temerloh, Pahang. Air ini telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat dan zatnya, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air Zam-Zam. Air ini juga telah didoakan oleh beberapa tuan guru seperti Prof. Dato’ Dr. Harun Din, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah dan Tuan Guru Hj.Mohd Baqi Othman sendiri.
 
SEJARAH AIR GAU
 
Air Mineral Gau diperolehi daripada sumber mata air bawah tanah yang ditemui dan digali oleh Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Othman bersama anak saudaranya di kawasan Sekolah Menengah Agama Saadatul Addarain LiL Banin, Sungai Gau, Jalan Maran, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Air Mineral Gau telah digali pada tahun 1991, dan hingga kini masih memancut keluar dari paras bumi. Bagi melindungi air agar tidak tercemar, bangunan khas telah dibina untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Khasiat Air Mineral Gau telah diketahui umum apabila beberapa orang penduduk yang tinggal di sekitar kawasan ini mengidap penyakit seperti pening kepala yang berlarutan,darah tinggi dan kencing manis, dengan izin Allah telah beransur sembuh setelah meminum air ini.

Air Mineral Gau juga boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti rabun mata, gatal-gatal, kudis, lenguh-lenguh, kelesuan, deman, batuk dan dapat meningkatkan kecerdasan badan dan minda. Air ini bersifat alkali pada tahap pH 7.8, manakala konduktivitinya (aliran arus elektrik) ialah 0.55 (perbandingan dengan Air Zam-Zam ialah 1.4 dan air biasa ialah 0.17). Ini membuktikan Air Mineral Gau mengandungi bahan semulajadi yang berkhasiat berbanding air biasa
 
FAEDAH DAN KHASIAT AIR GAU

Air minuman ini mempunyai khasiat dari segi rohani dan jasmani dan sesuai diminum oleh setiap lapisan umur.

Dari segi Jasmani, dengan izin Allah SWT, dan dari pengalaman mereka yang telah meminumnya air ini dapat menjadi penawar ;

1. membantu dan meningkatkan, 
Penyerapan nutrien dan mineral oleh badan.
Stamina Badan.
Kecekapan mengangkut Oksigen.

2. Membina dan Menguatkan, 
Gigi dan Tulang
Hemoglobin dalam sel darah Merah

3. Membersih. 
Melancarkan sistem / organ penghadaman
Melancarkan sistem / organ kumbahan
Membersih kandungan darah dalam badan.

Dari segi Rohani pula dengan usaha dan ikhtiar melalui Doa Tuan Guru, air ini Insya-Allah dapat:

1. Melegakan Penyakit Darah Gemuruh
2. Menjadi penerang Hati
3. Melegakan Perasaan Takut
4. Dan lain-lain.
 
 
Purata Kandungan Mineral


Kalsium                             69mg/l
Bikarbonat                         245mg/l
Natrium                             11mg/l
klorida                               2mg/l
Kalium                              6mg/l
Sulfat                                7mg/l
Magnesium                       45mg/l
Florida                             0.5mg/l
PH                                   7.9
Purata Pepejal Terlarut     248 mg/l

Thursday, 17 December 2015

Lazz Susu Kambing

 Harga susu kambing

Susu Kambing LAZZ

Lazz Susu Kambing adalah susu kambing organik, halal, berkhasiat dan sedap tanpa sebarang bahan kimia yang diragui. Sesuai untuk seisi keluarga daripada bayi hinggalah warga emas

Khasiat Susu Kambing

1.   Untuk Bayi

  • Susu kambing lebih mudah dihadam dan dicerna, Ia dapat Mengurangkan Kembung dan bayi akan lebih lawas dan kerap sendawa.
  • Poo-poo Lebih Lawas, warna seakan-akan seperti susu ibu, dan dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit
  • Diperkaya Vitamin C dapat membantu menguatkan kulit dan menghindar masalah kulit sensetif dan berparut.
  • Kalsium yang Tinggi juga membantu tulang bayi lebih tegap dan kuat. Giginya juga lebih cepat tumbuh
  • Dapat membantu mengeluarkan/ Menghilangkan Kahak, disamping dapat mencegah daripada terkena Asma

 2.  Untuk kanak-kanak/remaja

  • Anak bertambah selera makan
  • Kulit anak kuat, susah kena parut dan tidak sensitif
  • Tulang anak lebih kuat.Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
  • Anak susah dapat sakit (lebih imun)
  • Penghadaman lawas & lancar
  • Bersifat less allergenic sesuai untuk anak yang alah protein susu lembu.
  • Mujarab untuk hilangkan kahak dan lelah anak.
  • Bantu naikkan berat badan anak
  • Tingkatkan IQ anak dan anak cepat belajar sesuatu.
  • Banyak feedback, eczema anak makin berkurang setelah amalkan LAZZ
 

 3.  Untuk Ibu Hamil

  • Lawas sembelit tiada lagi.
  • Menaikkan HB dan mencegah anemia.
  • Hilangkan loya dan pedih ulu hati
  • Berikan tenaga, badan terasa ringan
  • Membekalkan nutrien sempurna untuk bayi. Bayi lahir kulit sihat tak sensitif. Tulang tegap tak lembik, IQ nya tinggi
  • Membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning. Gaya Sunnah

 4.  Untuk Ibu Menyusukan Anak

  • Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya. Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut. Tulang baby lebih kuat.
  • Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.
  • Mencantikkan kulit dan boleh menurunkan berat badan (kami akan share caranya).
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Memekatkan susu badan.
  • Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.

 5.  Untuk Ikhtiar Kehamilan

Kombinasi  susu kambing dan kurma sangat bagus utk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab..dan terkenal dgn kemujarabannya..
Secara saintifiknya.. ia diperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat. Boleh diambil bersama suppliment lain dengan menjarakkan selang beberapa jam.
Terdapat beberapa testimoni yang telah berjaya hamil, namun begitu penting bagi pasangan untuk yakin akan kehebatan amalan pemakanan sunnah ini, kami juga turut mendoakan mudah-mudahan Produk kami dapat membantu anda beroleh zuriat. InsyaAllah


 6.  Untuk Dewasa/Warga Emas

  • Susu Kambing Bersifat Alkali. Sifat ini berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik. Amalkan Lazz secara konsisten supaya dapat mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan dan tenaga
  • Badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan.
  • Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah.
  • Membuang angin dan toksin dari badan.
  • 1 hidangan hanya 80 kalori. Boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan.
  • Dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes.
  • Nabi Muhammad s.a.w juga menggemari susu kambing kerana terdapat keberkatan dan kesihatan jika diamalkan. Boleh dijadikan amalan sunnah seisi keluarga


Dapatkan susu kambing LAZZ di Koperasi Muslimah Sabak Bernam Berhad


Monday, 14 December 2015

DNA BABI DALAM MAKANAN

Rujukan dari blog: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1032-polemik-dna-babi-dalam-makanan-a-istihalah-transformasi.html 

Polemik DNA Babi Dalam Makanan
& Istihalah (Transformasi)
Oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman
dna
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri perlu membuat kenyataan semula atau 'highlight' tiga perkara :- 

Pertama : Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab berbeza ijtihad dalam hal tersebut. 

Kedua : Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi gelatin dalam proses pembuatan makanan di negara ini. 

Ketiga : Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima atau tidak.

Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada 1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi, yang diputuskan HARAM dan bercanggah dengan hukum syarak. 

Apapun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujjah-hujjah ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh MENGESAHKAN sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. Ini kerana ada sebahagian menafikannya.

Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis berubah kepada suatu bentuk baru. Tatkala itu, sebahagian ulama anggap ia telah suci dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.

Perkara tersebut telah dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama serta telah menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka pada 18 -22 November 2013.

Menurut keputusan mereka, najis ‘ain’ termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila disahkan berlakunya istihalah yang sempurna. 

PANDANGAN SILAM 

Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis dan bertukar menjadi suci dan boleh digunakan atau dimakan.

2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi. Justeru, ia tetap tidak halal.

KENYATAAN SHEIKH DR. YUSUF AL-QARADAWI 

Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal adalah telah disalah ertikan tajuknya.

Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu BUKAN PENDAPAT beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui PERSIDANGAN Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.

Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut peredaran zaman khsusunya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.

Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar. Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain menyebabkan nasihat kepada para ulama menghasilkan pendapat yang berbeza. 

KESIMPULAN AKHIRNYA 

Nasihat ringkas saya kepada masyarakat, 

a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-masing ada hujah sendiri.
b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi meuwjudkan masyarakat yang berfikir, membaca dan peka .
c. Apapun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada faktor keterdesakan, sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.
d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan sepertinya. Itu semua haram digunakan WALAU dibeli makanan yang mempunyai 100 logo halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram. 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden
Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)
10 Jun 2014

Saturday, 12 December 2015

PRODUK MUSLIM...SATU PILIHAN @ TANGGUNGJAWAB

di update dari blog  : http://rusnanin.blogspot.my/2009/08/produk-muslim-dan-halal-pilihan.html


Umat Islam merupakan kumpulan pengguna terbesar di Malaysia. Lihat saja  TESCO,SOGO, CARREFOUR,, kita nampak orang Islamlah yg paling ramai membeli-belah di sana. Tetapi umat Islam jugalah yg sering dinafikan hak sebagai pengguna . Halal Haram yang sepatutnya kita tekankan diambil ringan oleh sesetengah pihak terutama pengusaha barangan makanan, contohnya kod lemak babi iaitu E476 di dalam coklat Crispy dan minyak yg digunakan di dalam pembuatan roti Hi-Fi yg jelas haram tetapi masih berleluasa di pasaran.

Semuanya berlaku kerana umat Islam sendiri masih belum menguasai pasaran makanan di Malaysia secara meluas. Kita masih menyerahkan urusan perniagaan ini kpd bangsa asing yg sesetengahnya tidak prihatin dan tidak menghormati kepercayaan Tauhid masyarakat Islam.

Sebagai pengguna Islam, sepatutnya kita jelas dan yakin ttg barangan yg kita guna, kita mempunyai dasar yg jelas dalam membuat keputusan sebagai pengguna dan kita perlu lebih bijak dan sedar tentang barangan yg kita guna.

Dalam membeli barangan harian juga, sebagai pengguna Islam ada beberapa soalan yg perlu kita tanya sebelum membeli dan menggunakannya-antaranya adakah produk tersebut memberi manfaat kpd pengguna? adakah syarikat yg mengeluarkannya memusuhi Islam dan menyalurkan keuntungan perniagaan mereka utk menghancurkan Islam? Banyak lagi yg perlu kita selami dan dalami , lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang yg tanpa sempadan, terlalu banyak anasir-anasir luar yg tidak kita sedari berlaku termasuk pencabulan hak asasi kita sebagai pengguna Islam. Yang paling sedih sekali, bila masih ramai lagi masyarakat Islam yg menggunakan produk keluaran Yahudi yang terang-terangan memusuhi Islam. Keuntungan yang mereka dapat hasil dari urusniaga dengan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia disalurkan utk menindas dan menghapuskan masyarakat Islam Palestin, yang merupakan saudara kita sendiri !!!!!

Tahu tak sedikit masa dulu syarikat yg mengeluarkan Ribena telah disaman kerana kandungan vitamin C dalam Ribena yang hampir-hampir 0% ? Maggie dengan kandungan garamnya yg 5.6 kali lebih masin daripada air laut? Semua ni kita tak tahu atau tak ambil tahu sebab tidak dilaporkan di dalam akhbar mahupun TV. Banyak lagi produk-produk lain yg menggunakan lemak babi sebagai emusifier, masih berleluasa di pasaran. Tetapi kebanyakan kita masih tidak mengambil peduli akannya.

Marilah mencari keberkatan hidup dunia dan akhirat.

KHASIAT TEH HIJAU

Antara Khasiat Lain Teh Hijau:



Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

 Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.

Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.

Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.


Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.

KAJIAN TENTANG TEH HIJAU

 

Teh bagus untuk anda. Apa yang membuatkan ia tak bagus adalah bila anda mula menambah gula dan susu pekat manis ketika menyediakannya, sekaligus membuatkan kesan buruk lebih tinggi dari kesan baik meminumnya. Anda pasti terkejut jika saya menyebut teh hitam (black tea) lebih kurang sahaja ‘hebatnya’ berbanding teh hijau (green tea), sesuatu yang kontradik dengan apa yang anda dengar selama ini bukan? Sejak berkurun lamanya, teh diminum begitu saja tanpa gula, rasa sebenarnya pekat dan kelat, kaya dengan alkaloid, dan itulah yang membuatkan ia bersifat seperti ‘ubat’.


Teh dikatakan telah sebati dengan masyarakat cina semenjak 5000 tahun yang lalu. Mengikut lagenda, minuman teh telah ditemui oleh Maharaja Shen Nung pada 2737 BCE, sewaktu Era Lima Raja. Dikatakan daun dari sepohon pokok telah jatuh secara tidak sengaja ke dalam air yang sedang mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu telah membuatkan maharaja berhasrat untuk merasainya. Terpegun dengan rasa dan baunya, baginda lalu menjadikannya sebagai minuman kebangsaan (Sumber dari laman Lembaga Pelancongan Hong Kong, 2007). Pokok tersebut yang dikenali sebagai Camellia, kini bukan saja tumbuh merata di China malah di seluruh dunia, terima kasih kepada zaman perluasan kuasa-kuasa Eropah pada abad ke 15 yang mempopularkan minuman ini ke serata dunia.


1 – Terdapat 2 jenis Polyphenol yang terbentuk secara semulajadi dalam tumbuhan dan buah-buahan, pertama flavanoid, dan kedua non-flavonoid. Majoriti Polyphenol yang ada pada tumbuhan/buah di atas muka bumi ini adalah dari jenis flavanoid, oleh sebab itu kedua-dua istilah digunakan dengan kerap untuk merujuk benda yang sama, meskipun bukan semua Polyphenol adalah flavanoid sebenarnya (ada yang non-flavonoid). Walaubagaimanapun apa yang pasti, semua Polyphenol bersifat anti-oksidan dan anti-kanser (anti-carcinogenic).
2 – Teh mengandungi catechins (Polyphenol dari kategori flavanoid), sejenis antioksidan yang mana menurut University of California, LA (2008) mempunyai kesan anti-kanser terutamanya terhadap kanser paru-paru dan kanser-kanser yang berpunca dari obesiti.
3 – Dauh teh yang dipetik segar boleh mengandungi sehingga 30% catechins daripada berat kering keseluruhan daun teh tersebut – ini bermaksud teh hijau dan teh putih mampu mengandungi kandungan catechins setinggi ini, tidak seperti teh hitam yang mana kandungan catechins nya telah berkurangan setelah melalui proses ‘pengoksidaan’.
4 – Tahukah anda bahawa teh oolong, teh hijau, teh putih dan teh hitam kesemuanya berasal dari pokok yang sama? Yang membezakan warna, sifat dan rasa mereka adalah proses yang digunakan, yang mana teh hitam terlibat dengan proses ‘pengoksidaan’ yang lama sebelum dibungkus dan diedarkan; ini membuatkan warna flavonoid yang asalnya kuning/hijau ‘teroksida’ menjadi gelap kemerahan (macam kulit pisang, asalnya hijau/kuning, bila dah teroksida lama kelamaan menjadi gelap). Contoh teh hitam yang ada di pasaran adalah Teh Boh, Lipton, Teh Sabah, Teh Ceylon dan sebagainya.

5 – Walaubagaimanapun, tiada perbezaan besar dari segi JUMLAH antioksidan yang ada dalam teh hijau dan teh hitam sebenarnya. Apa yang membezakan jumlah antioksidan antara teh tersebut adalah lebih bergantung kepada cara penyediannya, pertama, suhu air yang digunakan, lebih tinggi suhu, lebih tinggi antioksidan yang berjaya diekstrak ke dalam minuman, dan kedua, faktor uncang, yang mana penggunaan uncang (seperti teh uncang) sebenarnya mengurangkan lagi jumlah antioksidan yang berjaya diekstrak ke dalam minuman kerana dipercayai kebanyakkannya masih ‘tersangkut’ dalam uncang tersebut  (Sumber Langley-Evans, 2000).
6 – Beberapa kajian juga menunjukkan teh mampu merendahkan jumlah kolesterol dalam darah di samping meningkatkan jumlah kolesterol ‘baik’ (HDL kolesterol) dalam haiwan dan manusia. Kajian-kajian ini merumuskan bahawa sebatian polyphenol yang ada dalam teh adalah bahan yang bertanggungjawab menyekat penyerapan kolesterol ke dalam darah oleh usus kecil manusia dari diet yang diambil (Fujita et al, 2008).
7 – Seperti yang dibincangkan awal tadi, polyphenol juga adalah bahan anti-kanser. Antara 9 jenis kanser yang terbukti oleh kajian klinikal mempunyai hubung kait dengan amalan meminum teh dalam kuantiti yang sederhana adalah kanser ginjal, kanser payudara, kanser ovari, kanser usus (bukti saintifik setakat ini lebih memihak wanita, untuk lelaki masih plausible), kanser esophageal, kanser paru-paru, kanser pankreas, kanser prostat, kanser kulit, dan kanser perut (Sumber University of Maryland Medical Center).
ovarian-cancer-tea-consumption
8 – Kuantiti sederhana yang dimaksudkan di atas adalah sekitar 3 hingga 5 cawan sehari sahaja. Pengambilan secara melampau sehingga 7 cawan sehari akan mengakibatkan pengambilan Oxalate dalam diet menjadi berlebihan. Oxalate secara kimia boleh bercantum dengan kalsium dan beberapa mineral lain dalam badan seterusnya membentuk hablur kristal/pasir dikenali sebagai ‘Kalsium Oxalate’ – komponen utama yang membentuk batu karang terutamanya pada ginjal. Kajian juga menunjukkan pengambilan teh melebihi 7 cawan sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat sebanyak 50% di kalangan lelaki.
9 – Ekstrak teh hijau yang mengandungi Polyphenol (catechins) dan Caffeine mampu menginduksikan ‘thermogenesis’, menggalakkan pengoksidaan lemak, dan meningkatkan kadar metabolik sebanyak 4% tanpa meningkatkan denyutan nadi (Dulloo et al. 1999American Journal of Clinical Nutrition). Namun fakta ini tidak boleh digunakan “bulat-bulat” ketika menurunkan/mengekalkan berat badan kerana kesannya ke atas penurunan berat badan adalah amat kecil dan kurang signifikan (rujuk Kovacs et al. 2004, PubMed; Hursel et al. 2009, PubMed) – untuk mengawal berat badan secara total, konsep kalori masih lagi diambil kira.
10 – Teh hitam mempunyai lebih banyak L-Theanine berbanding teh hijau, dan teh hitam juga mengandungi Caffeine –  kedua-duanya berupaya mengurangkan tekanan fizikal dan mental, menjana daya fikir dan pembelajaran (cognition) di samping meningkatkan mood seseorang.
11 – Kajian yang dijalankan di Itali menunjukkan teh hitam berupaya menurunkan tekanan darah keseluruhan sampel kajian yang diuji – hasil kajian ini telah dibentangkan dalam “International Scientific Symposium on Tea & Human Health” yang kelima September tahun lalu di U.S. Department of Agriculture, Washington D.C.
12 – Saintis Jepun dalam kajian yang dilaporkan menerusi American Journal of Clinical Nutrition juga mendapati subjek dewasa yang meminum lebih teh mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat angin ahmar (stroke), osteoporosis dan kemerosotan daya fikir.
13 – Kesimpulannya, anda tidak boleh mendriskiminasi teh hitam yang ada di pasaran dan hanya ‘berat sebelah’ terhadap teh hijau semata-mata apabila berbicara akan manfaat teh dari segi kesihatan. Ini kerana beratus-ratus kajian saintifik telah menunjukkan kedua-dua teh hitam dan teh hijau ini adalah sama hebat dan ada kelebihan masing-masing. Seeloknya teh ini diminum kosong begitu sahaja (tanpa meletak susu ke dalamnya), ini kerana kajian Langley-Evans (2000) (rujuk no.5) menunjukkan teh hitam apabila disediakan/dibancuh bersama susu akan mengurangkan lagi keberkesanan antioksida yang ada di dalamnya. Seeloknya minumlah teh hitam dan teh hijau secara klasik (kosong) dan jika perlu, hanya letakkan gula dalam kuantiti yang kecil (tiada gula lebih baik).

AYAM AZZAIN DI KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM

Produk Az-Zain

Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Sa’ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya.”
(Hadis riwayat Thabrani)
azzain6
Ayam Daging Dr. Zainol
Ayam daging yamg pertama di Malaysia diproses 100% tuntutan syariat.
Tiada stunning atau kejutan elektrik sebelum sembelih. Usus dikeluarkan sebelum masuk air panas. Air panas sentiasa bersih dan bebas dari najis, darah dan bulu ayam. Tidak dicelup dalam air klorin. Ayam Az-Zain dijamin halalan toyyiban & baik untuk kesihatan anda.
azzain6
Ayam Kampung Organik
Ayam Kampung Organik & Herba, bersih, segar, sangat enak, dan menawarkan sumber protein yang tinggi.
azzain4
Bahagian Ayam
Peha, Peha Atas (tight), Dada, Kepak dan Boneless.

KINI!.... AYAM AZZAIN BOLEH DI DAPATI
 DI 
KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM

 

ETIKA PERNIAGAAN MENGIKUT PERSEPSI ISLAM.

Posted on: Jun 17, 2011

Falasafah dalam perniagaan mempunyai tiga ciri utama:
  1.  Tujuan – Persolan yang berkisar mengenai kenapa kita perlu      berkecimpung dalam perniagaan?.
  2.  Mengatur strategi perniagaan.
  3.  Nilai dan etika perniagaan yang membabitkan nilai atau polisi  dan  etika yang diatur untuk memacu sesuatu operasi perniagaan.  Bagaimana sikap sebagai seorang pemilik perniagaan bertindak  bersama dengan pekerja untuk menjalankan perniagaan.
 1. TUJUAN BERNIAGA:
Mengikut perpektif cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat,  tujuan berniaga bagi mereka cuma mendapatkan keuntungan, tetapi  dengan peredaran masa dan dari pengalaman, perpektif tujuan  perniagaan barat ini telah berubah dengan memberi penekanan kepada, tujuan berniaga sebenarnya adalah untuk memenuhi tanggung-jawab sosial. Perubahan pemikiran falsafah barat ini di sebabkan masyarakat barat kini menganggap seorang peniaga perlu bertanggungjawab pentingkan alam sekitar di kawasan yang dia berniaga, kebajikan masyarakat setempat dan juga kebajikan pekerjanya. Dari pandangan peniaga-peniaga barat, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atu produk mereka.
Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir dari falsafah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza dari falsafah barat yang seringkali berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah:
  1. Agama.
  2. Nyawa.
  3. Akal.
  4. Keturunan.
  5. Harta.
Masa’lih bermakna segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima perkara yang tersebut di atas.
Mafa’sid pula bermakna segala yang boleh memberi kesan negatif  ke atas salah satu atau kelima-lima perkara di atas. Islam mengharamkan mafa’sid dalam kegiatan perniagaan kerana ia jelas boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyah,  ia itu dalam memelihara kelima-lima perkara di atas. Contoh ialah perniagaan arak diharamkan oleh Islam kerana kita boleh memahami rasionalnya dengan memahami kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda manusia.
Dengan sebab ini lah kegiatan perniagaan dalam Islam adalah dianggap bagi salah satu Ibadah. Sekiranya perniagaan dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan syariat Islam akan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka tujuan membuka perniagaan perlu dimulai dengan niat yang murni untuk memenuhi tanggung jawab seperti berikut:
  1. Keperluan diri secara sederhana.
  2. Keperluan untuk keluarga.
  3. keperluan untuk masa depan diri sendiri.
  4. keperluan untuk keluarga di masa depan.
  5. Perkhidmatan yang disalurkan kepada kepentingan sosial termasuk berusaha menegakan agama Islam, membantu ummah dengan membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan untuk yang diperlukan dan lain-lain tanggung jawab terhadap masyarakat Islam setempat.
Rasullullah s.a.w pernah memberi motivasi untuk kaum muslimin menceburkan diri dalam perniagaan dengan bersabda: maksudnya.
“Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripa rezeki”.
2. Etika peniaga-peniaga yang beragama Islam:
a. Harga Jualan Yang Adil:
Peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan jualan untuk pembeli. Harga yang ditawarkan haruslah mencerminkan interaksi normal di antara permintaan dan penawaran harga. Penetapan harga barangan perlu tidak disebabkan oleh sesuatu pakatan yang sengaja diwujudkan di antara peniaga-peniaga untuk mengaut keuntungan dari pembeli. Sekiranya pakatan peniaga berlaku, pembeli tidak punyai pilihan kerana harga barangan dimonopoli dengan nama persatuan-persatuan peniaga cuma untuk meningkatkan harga barangan jualan. Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan tidak akan dapat memenuhi keperluan mereka. Harga yang tinggi yang dikenakan juga akan membawa persaigan sengit sesama peniaga-peniaga dan juga boleh memberi kesan negatif kepada daya maju sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.
b. Kualiti Perkhidmatan.
Islam sangat menekan kualiti barangan dalam perniagaan khasnya makanan halal yang dihasilkan. Makanan yang dihasilkan tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan pelangan. Masalah keracunan makanan adalah punca daripada bahan makanan dan pengendalian yang tidak berkualiti. Sekiranya kita memahami falsafah perniagaan Islam, apabila masakan kita memudaratkan kesihatan manusia ia di anggap satu perbuatan yang di murkai Allah swt.
c. Pandangan Islam mengenai menzalimi pekerja:
Salah satu elemen yang penting dalam perniagaan adalah menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktivit dan kualiti pengeluarandalam perniagaan mereka. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa tanggung jawaban serta partisipasi daripada pekerja, untuk mencapai matlamat kejayaan dalam perniagaan adalah amat sukar. Yang  penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan pekerja dan menjaga kebajikan mereka. Sekiranya kita gagal dalam menjaga kebajikan pekerja kita tetapi di sebaliknya kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap produktiviti maka gelaran yang sesuai  ialah “Zalimi Pekerja”. Dengan ini pekerja yang dizalimi akan mencari jalan keluar dan berhenti bekerja. Bagaimana cara jauhi dari digelar zalimi pekerja?.
  • Memberi upah gaji yang berpatutan. Sesuai dengan mengambil kira produktiviti dan keuntungan syarikat anda. Gaji yang diberikan perlu juga sesuai dengan kos sara diri setempat pekerja itu bekerja. Keadaan inflasi dan juga kenaikan harga barangan perlu diberi perhatian dalam menganggar gaji mereka.
  • Mengambil sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan dan buah fikiran setiap pekerja untuk memajukan perniagaan. Participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Cara pengurusan ini amat sesuai dalam bidang katering, restoren atau kantin.
  • Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, terurus, bersih dan selamat untuk bekerja. Pekerja perlu merasakan bahawa mereka adalah dihargai, dan sentiasa perlu bekerja dalam satu pasukan. Tidak memberi laluan kepada perselisihan atau pergaduhan di antara sesama pekerja. Selesaikan maslah kontraversi di antara mereka. Ini untuk mengelakan daripada penurunan semangat dan morale pekerja untuk bekerja.
  • Keselamatan dalam kerja adalah penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walau pun ini bermakna kos pengendalian dan pengurusan bertambah.
  • Memastikan pekerja diberi peluang melanjutkan pendidikan dan diberi latihan secukup dengan berusaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat kerja. Kita tidak mahu pekerja merasa rendah diri dan sentiasa tertekan.

Wednesday, 14 October 2015

HOMESTAY TERATAK BONDA

Penginapan berkonsepkan rumah tradisional yang menyediakan kelengkapan moden






Mempunyai 3 bilik yang boleh disewa berasingan.
Kadar sewa :
1 bilik = RM 80 / 1 malam
2 bilik = RM 150 / 1 malam
3 bilik = RM 200 / 1 malam

kelengkapan untuk setiap bilik:
1. 1 Penyaman Udara
2. 1 Kipas dinding
3. 1 Katil dewasa queen
4. 1 televisyen
5. 1 almari
6. 1 set meja kopi
7. 1 peti sejuk
8. 1 tandas
9. 1 jug pemanas air
10. 1 coffe set
Inap Desa Teratak Bonda menyediakan keselesaan untuk setiap bilik penginapan.

TEPUNG GANDUM KELUARAN BUMIPUTERA


  Ahmad menerangkan keistimewaan tepung gandum keluaran syarikatnya.

Halal, berkualiti dan tanpa peluntur

Pemiliknya, Ahmad Hassan berkata, tepung gandum keluaran syarikatnya diimport khas dari Turki dan India, manakala Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum ia dibungkus.

Menurutnya, tepung gandum berprotein tinggi diperoleh dari Turki manakala rendah protein diimport dari India.

"Tanpa penggunaan bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu.

"Selaras dengan slogan 'Pilihan Utama Anda', syarikat berusaha memberi yang terbaik supaya misi tercapai, sekali gus menjadikan Bidara Flour pembekal tepung gandum ternama Bumiputera di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, syarikat sentiasa memastikan tepung gandum yang dihantar berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta dijual pada harga yang kompetitif.

Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant.

"Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.


Rancang buka kilang proses gandum

Ahmad berkata, sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Bidara Flour sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan.

Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, syarikat merancang membina kilang pemprosesan gandum sendiri pada masa akan datang supaya pelanggan boleh mendapatkan produk tepung gandum buatan Bumiputera dengan lebih mudah.

“Kami juga berhasrat menghasilkan produk sejuk beku berasaskan tepung gandum seperti roti canai, capati dan sebagainya dengan jenama sendiri.
"Syarikat juga menggalakkan pengeluar Bumiputera lain mengambil peluang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk industri tepung gandum," katanya.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera.

Saturday, 26 September 2015

MEE MUSLIMAH - SATU SEJARAH

Koperasi Muslimah Sabak Bernam terus mengorak selangkah ke hadapan. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang.  28 Mac 2015 sejarah Koperasi Muslimah dicipta lagi. Produk pertama yang berjaya dikeluarkan iaitu Mee Kuning Berprotin Tinggi tanpa asid borik. Ianya adalah hasil kerjasama padu  para Ahli Lembaga Koperasi yang sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia berkorban tenaga, masa dan harta demi kelangsungan projek koperasi.


Memandangkan produk yang ada dipasaran hari ini adalah dihasilkan dari bukan bumiputera, Koperasi Muslimah Sabak Bernam merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah bagi menyediakan makanan halal dan suci kepada umat Islam khususnya di Sabak Bernam.

Justeru, dengan wujudnya projek yang diimpikan ini, ianya mampu memberi peluang pekerjaan kepada 
 muslimah setempat di samping menjadi lambang kekuatan ekonomi umat Islam yang berteraskan jamaah dan dakwah. 


 Bergotong royong membersih dan mengemas tempat untuk bengkel mee muslimah

 Membeli peralatan utama iaitu mesin mee dan mesin penguli
 Tepung berprotin tinggi- mahai berganda dari tepung gandum biasa tu.....
 kerja-kerja pemasangan sinki
 proses bermula...teruja
 mee sulung koperasi muslimah dilahirkan jua akhirnya...fuhhh...banyak betul cabarannya
 proses seterusnya merebus....cerianya kak dayah
 aikk?....orang dah siap...hang baru nak tapis tepung ke su?..oppsss...second round laa.. sori
 kak zah yang cantik... uli tepung pun cantik
 berat se paket 500 gram ...aka...1/2 kg
 alhamdulillah...hasil tuaian hari pertama..!

Tadaaaa......Mee Muslimah menjadi realiti....bangga nya...produk muslim yang sedap dan berkhasiat






LAWATAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM pada 22/8/2015