Tuesday, 11 June 2013

Jangan sesekali menipu anak

  Pelajaran berguna bagi ibu bapa ialah apabila si anak mempelajari kaedah menipu secara profesional dari cara didikan ibu bapa terhadapnya.  Jangan menganggap anak tidak mengerti apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Hatta dalam soal membeli barang permainan / makanan ringan kesukaan anak. Sering kedapatan para ibu bapa yang memberi alasan "kedai tutup", " beli di kedai lain"- supaya anak mahu keluar dari kedai tersebut dan akhirnya pulang ke rumah tanpa menunaikan janji untuk ke kedai lain. Begitu juga bila si anak menuntut untuk pergi bercuti ke suatu tempat yang dijanjikan. Oleh kerana bajet kewangan agak kritikal maka ibu bapa memberi alasan seperti lupa / ada urusan lain dsb.

Sebaiknya dalam hal ini, berterus teranglah dengan si anak. Nyatakan masalah sebenar mengapa makanan tersebut tidak baik untuk dimakan, adanya MSG. Sudah pasti anak tidak faham apa itu MSG dan ia akan bertanya. Maka jawablah dengan maklumat yang benar, iaitu keburukan MSG, kesannya dll. Mereka memang tidak mengerti dan akan terus mahu makan 'jajan' tersebut. Tetapi percayalah wahai para ibu bapa beberapa hari selepas itu anak kita tidak akan meminta dibelikan 'jajan' tersebut. Yakinlah dengan aura keikhlasan yang dikeluarkan oleh tubuh kita dalam mendidik anak, bahawa ianya akan dirasai oleh si anak dan secara sendiri ia akan menuruti nasihat ibu bapa walaupun mereka tidak faham alasan yang kita berikan.

Pengalaman mengajar saya agar berterus terang dengan anak tentang masalah kewangan. Mengapa umi dan abi perlu bekerja. Penat ! banyak kerja! untuk cari duit, untuk beli makanan, pakaian, permainan, rumah dan lain-lain. Anak saya sepertinya tidak faham dengan penerangan yang panjang lebar. Tetapi kesannya sangat menakjubkan. Anak saya menyimpan duitnya di dalam dompetnya sendiri. Saya tidak tahu apa tujuannya, saya beranggapan dia hanya bermain-main dengan duit sahaja. Sehinga suatu ketika apabila ia meminta dibelikan permainan yang dicita-citakan, ia membawa bersama dompetnya yang berisi wang yang dikumpul hasil dari pemberian saudara mara. Saya amat terkejut bila dia mengambil permainan anak patung dan mengeluarkan wang dari dompet tersebut lalu  membayar di kaunter.  Anak saya belum pun berusia 5 tahun pada ketika itu!  Saya hanya mengajarnya konsep " Kita perlu berusaha untuk dapat sesuatu. Kalau nak beli sesuatu mesti usaha & bekerja untuk dapat duit". Hasilnya ia memang berusaha dengan cara dia untuk membeli sesuatu yang diidamkannya!

Suatu ketika yang lain, anak saya sangat suka makan choki-choki (saya tidak pernah mengajarnya makan makanan tersebut. tetapi bila bergaul dengan kanak-kanak lain di rumah pengasuh atau bersama sepupu-sepupunya, memang kanak-kanak suka benda tu) Saya menunjukkan tiada tanda halal pada pembungkusnya. Saya terangkan padanya maksud tanda halal tersebut. Kenapa orang Islam mesti makan makanan yang halal. Anak saya macam blur je...maklumlah masa saya cakap tu dia tengah menyedut choki-choki yang sedap tu! Dah beberapa batang dia makan. Ada baki lagi beberapa batang.. yang baki tu sampai la ni dia tak usik pun. Cuit sana cuit sini akhirnya saya buang je dan dia tidak teringin nak makan. Alhamdulillah!

Kesimpulannya , janganlah menipu anak semasa kita menghalang dia dari melakukan sesuatu yang kurang baik. Jelaskan dengan rasional yang benar . Jangan kecewa bila dia tak faham. Memang dia tak faham pun! Tapi aura kebenaran dalam perkataan ibu bapa akan dapat dirasai oleh si anak dan secara automatik ia akan menuruti nasihat itu walaupun mungkin mengambil masa beberapa hari. Dan jangan terkejut! sebenarnya anak anda tidak tahu pun mengapa ia melakukan apa yang disuruh oleh ibu bapa. Tiada paksaan! Semuanya terjadi secara semulajadi! Cubalah!

3 comments:

  1. Konsep berterus terang dengan anak di kalangan orang barat telah lama diamalkan. Cuma di Malaysia kita masih terikat dengan cara didikan orang tua dulu-dulu yang mendidik cara autokratik. Kerana kesannya lebih mudah dan cepat seperti memukul dan memarahi anak sekiranya dia mahu permainan yg tidak berfaedah. Anak akan takut dan menyimpan keinginan tersebut , akhirnya menjadi suatu pemberontakan yang tidak dapat dijangka pada masa akan datang...wallahu a'lm

    ReplyDelete
  2. Saya ingin kongsi pengalaman rakan. Anaknya berumur 3 -4 tahun suka menonton televisyen terlalu hampir dengan skrin. Rakan saya memberi amaran nanti orang dalam tv tu akan melompat keluar bila tengok tv dekat sangat. Kanak-kanak memang percaya dan anaknya kadang-kadang duduk jauh, kadang-kadang duduk dekat. Bila ditegur di menjauh. setelah dia berumur 7 tahun anak tersebut mendapati bahawa ibunya berbohong dan tiada apa-apa yang melompat keluar dari skrin tv walaupun duduk dekat. akhirnya si anak tidak menghiraukan teguran ibu bapa. Pada umurnya 8 tahun (darjah 2) dia telah didapati rabun dan terpaksa memakai cermin mata. Itulahakibat berbohong dengan anak. Kawan saya amat menyesal dan berkata kalaulah dahulu dia berterus terang.. tidaklah perkara ini terjadi. nyesal pun x guna kan!

    ReplyDelete
  3. heeem... ya la! anak anugerah tuhan yang terindah. lagi susah jaga .. lagi indah hidup sebagai ibu bapa. thanks Allah..

    ReplyDelete