Kuliah maghrib oleh : Ust Tuan Ibrahim Tuan Man (guru ku-ITM pahang 1990-1991)
Masjid Makmuriah 15/6/2013
3 kerugian orang yang masuk masjid:
1. orang yang masuk ke masjid tetapi tidak berniat i'tikaf
2. orang masuk masjid tetapi tidak solat tahiyyatul masjid
3. orang yang masuk ke masjid tetapi tidak mahu mengambil saf pertama
Perumpamaan Solat Tahiyyatul masjid.:
Apabila kita bertandang ke rumah saudara mara, pastinya tuan rumah akan berbesar hati
menjamu kita dengan makanan yang paling istimewa yang ia ada. Malah ada juga yang sanggup
mengeluarkan menjamu tetamunya dengan makanan yang belum dijamah oleh anak-anaknya sendiri.
Begitu juga solat tahiyyatul masjid, ia umpama seorang hamba sedang bertandang ke rumah Allah.
Dan Allah amat berbesar hati untuk menjamu tetamunya dengan sesuatu yang sangat istimewa.
Itulah dia solat tahiyyatul masjid. Betapa istimewanya solat tersebut di sisi Allah , hanya Dia
yang mengetahui. Umpama tuan rumah yang sangat gembira dan berbesar hati menjamu tetamunya
dengan makanan paling istimewa.
Wallau hu a'lam
No comments:
Post a Comment