Saturday, 10 August 2013

Perniagaan Suatu Ibadah

Perniagaan dikendali sebagai ibadah perkukuh jihad

Ditulis oleh Mazilan Bin Musa. Posted in Berita Harian
 
PERNIAGAAN adalah jihad yang sangat dituntut oleh Islam. Ia dilihat sebagai satu fardu kifayah yang mampu meningkatkan penguasaan ekonomi orang Islam. Ekonomi yang mantap adalah keperluan utama untuk membolehkan umat Islam terus bersaing dalam keadaan dunia hari ini.
Allah berfirman, maksudnya: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 41)
Sebagai mengupas ayat di atas, Hamka menyebut: "Agama Islam tidak akan dapat tegak, dan tidak akan sempurna tegak, kalau tidak diperjuangkan (jihad), dan jihad itu, memakan ongkos. Jihad dengan 'air ludah' saja ialah bicara yang kosong... Perlu sangat supaya orang Islam kaya raya, kerana dengan kekayaan itulah dia akan dapat mempertinggi kemuliaan budinya, kebudayaannya, keagamaannya, dan pembangunannya." (Keadilan Sosial Dalam Islam 1985, muka 50-51).
Rasulullah diriwayatkan berkata bahawa: "Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah daripada perniagaan."
Sejarah awal perkembangan Islam sendiri menyaksikan bagaimana Rasulullah saw dan sahabat terbabit dalam perniagaan.
Rasulullah pada zaman muda menguruskan perniagaan bagi pihak Siti Khadijah, seorang ahli perniagaan berjaya yang menggunakan harta kekayaannya untuk memajukan Islam.
Bagaimanapun, kekayaan di dunia bukan matlamat akhir peniaga Muslim. Destinasi akhir perjalanan mereka ialah kehidupan yang lebih baik di akhirat. Oleh itu, kegiatan perniagaan perlu dilihat sebagai satu ibadah yang mengimbangi keperluan hidup di dunia ini dan persediaan untuk kehidupan di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah bermaksud: "...Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77)
Oleh itu, setiap peniaga Muslim wajib memastikan supaya setiap kegiatan perniagaannya dilakukan menepati keperluan syariah dan melaksanakan ikrarnya kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah al-An'am, ayat 162)
Umat Islam digalakkan supaya tidak mengehadkan penggunaan harta sesama sendiri, terutama secara yang salah dan kita digalakkan supaya bergiat dalam perniagaan. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 29)
Amalan perniagaan Islam hanya dapat ditingkatkan di kalangan peniaga Muslim melalui penghayatan sepenuhnya terhadap falsafah ekonomi Islam itu sendiri.
Falsafah ekonomi Islam berpaksikan kepada tiga doktrin utama iaitu:
Penghayatan bahawa Allah sebagai pemilik sebenar.
Allah adalah Pencipta segala kejadian, termasuk manusia sebagaimana firman-Nya, bermaksud : "Dialah yang memiliki segala yang di langit dan yang ada di bumi dan juga yang ada antara kedua-duanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi." (Surah Taha, ayat 6)
Sesungguhnya segala kegiatan manusia di dunia, termasuk kegiatan ekonomi semata-mata untuk mencari keredaan Allah.
Kesedaran bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini.
Sebagai khalifah di bumi ini, manusia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka membawa kesejahteraan kepada orang lain dalam pimpinan mereka.
Rasulullah bersabda: "Semua kamu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya..." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).
Allah turut berfirman, maksudnya: "Dan tiadalah kami mengutuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat bagi semesta alam." (Surah al-An'am, ayat 38)
Kesedaran, kefahaman dan penghayatan konsep keadilan sosial
Islam sangat menitikberatkan aspek keadilan sosial, termasuk dalam aspek perekonomian. Islam melarang harta kekayaan dimonopoli oleh sekumpulan kecil manusia, sedangkan majoriti masyarakat terbiar dalam kemiskinan.
Dalam hal ini, Allah berfirman, maksudnya: "Dan nafkahkanlah di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri dengan tanganmu kepada kebinasaan, dan buatlah kebaikan kepada orang lain, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan." (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Thursday, 8 August 2013

Minyak Kelapa Dara - Anugerah Alam Kepada Manusia


Setiap hari minum Minyak Kelapa Dara @ habatus Sauda @ Madu-Apa yang akan anda dapat ?
Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan  pernafasan dan kerongkong
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
Di dalam usus kecil dan besar  ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
Mengurangkan  keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.
Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.
KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH
 >   Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
 >  Mengawal kencing manis  - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
 > Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida  semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .
 >  Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
 > Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
 > Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
 > Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
 > Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
 >  Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
 >  Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan
MINYAK KELAPA DARA     
Ø       Tidak membebankan organ pankrease
Ø       Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadham)
Ø       Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
Ø       Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
Ø       Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
Ø       Sel jadi cekap dan efisien
Ø       Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
Ø      Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
 Ø      Tiada kolesterol
Ø       Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
Ø       Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
Ø       Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
Ø       Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
Ø       Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
Ø       Meningkatkan daya tahan (endurance)
Ø       Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
Ø       Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.
MINYAK SAYURAN
 Ø       Sangat membebankan pankrease
Ø       Lemak tak tepu rantai panjang.  (LCFA – hanya sebahagian dapat di hadham)
Ø       Hanya boleh dihadhamkan dihempedu. Perlukan enzim pankreatik dan berbagai enzim untuk memecahkannya kepada unit-unit kecil.
Ø       Sebagian tidak dapat dihadham, lalu di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak
Ø       Lambat menghasikan tenaga. Ia memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui sel membran mitochondria
Ø       Sel tidak cekap dan efisien
Ø       Mudah terbentuk radikal bebas
Ø      dihasilkan melalui proses penyahbau, pelunturan, proses   penghidrogenan sehingga menghasilkan trans fatty asid yang beracun            
Ø       mengandungi sejumlah kolesterol
Ø       hampir tiada asid bermanafaat

MINYAK KELAPA DARA - KINI BOLEH DI DAPATI DI KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM-

Tuesday, 6 August 2013

Pur Q Active Kid's Advance

    Photo: Mungkin ramai tak tahu Pur Q bend apa.

Cer baca ckit.Baru la tau.Tak rugi pun membaca.

PEREE..hehehe  (Y)




Photo: FOKUS , SEGAK BERGAYA KE SEKOLAH... pur-q mengharapkan anak2 kita cergas dan cerdas ke sekolah setiap hari.tidak lemah longlai, tersedu pilu dan sayu...kecemerlangan masa depan bermula dari langkah pertama.. ayuh sayangi anak2 kita..tanpa keprihatinan kita..siapalah mereka... pesanan ini di bawa oleh pur-q active kid's advance4u nikmatinya 2 biji setiap pagi selepas sarapan...anda pasti tak rugi..in sha allah.. farhana 0133153264



Pur Q Active Kid's Advance adalah makanan tambahan utk membantu anak anda supaya lebih fokus dalam apa jua pelajaran yang mereka belajar.Terapi Ayat Ruqyah juga, insyallah dapat membantu pembentukan rohani yang baik supaya menjadi anak2 yang soleh dan solehah.





Kini Pur Q boleh di dapati di Koperasi Muslimah Sabak Bernam . Bantulah anak anda untuk menjadi anak soleh solehah. Selamat Mencuba!!! 






 Photo: Assalamualaikum.....
Apa yang bagussssss sangat Pur-Q ni???
       Sebab..ada za'faran dan garam bukit!
Khasiatnya???
ZA'FARAN - menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda, mengurangkan keletihan, melancarkan darah dan banyak lagi...
GARAM BUKIT - meningkatkan aura dan potensi diri, merawat sarat, menyeimbangkan alkali/asid dalam badan

Apa tunggu lagi..
Order sekarang 019-2150518

Saturday, 29 June 2013

3 kerugian orang yang masuk masjid

Kuliah maghrib oleh : Ust Tuan Ibrahim Tuan Man (guru ku-ITM pahang 1990-1991)
Masjid Makmuriah 15/6/2013

3 kerugian orang yang masuk masjid:
1.  orang yang masuk ke masjid tetapi tidak berniat i'tikaf
2.  orang masuk masjid tetapi tidak solat tahiyyatul masjid
3.  orang yang masuk ke masjid tetapi tidak mahu mengambil saf pertama

Perumpamaan Solat Tahiyyatul masjid.:

Apabila kita bertandang ke rumah saudara mara, pastinya tuan rumah akan berbesar hati
menjamu kita dengan makanan yang paling istimewa yang ia ada. Malah ada juga yang sanggup
mengeluarkan menjamu tetamunya dengan makanan yang belum dijamah oleh anak-anaknya sendiri.

Begitu juga solat tahiyyatul masjid, ia umpama seorang hamba sedang bertandang ke rumah Allah.
Dan Allah amat berbesar hati untuk menjamu tetamunya dengan sesuatu yang sangat istimewa.
Itulah dia solat tahiyyatul masjid. Betapa istimewanya solat tersebut di sisi Allah , hanya Dia
yang mengetahui. Umpama tuan rumah yang sangat gembira dan berbesar hati menjamu tetamunya
dengan makanan paling istimewa.

Wallau hu a'lam

Monday, 24 June 2013

Renungan buat diri yang lupa

Kupasan Dr Zulkifli (TV Al Hijrah)

Maksud wara' :  menahan diri dari melakukan yang haram.

Saidina Ali r.a melihat seorang yang sangat muda sedang mengajarkan agama. Lalu Saidina Ali r.a hendak menguji orang muda tersebut lalu bertanya: "Apa yang baik di dalam agama dan apa yang buruk dalam agama" . Lalu jawab pemuda tersebut "Yang baik ialah wara' dan yang buruk ialah tamak".

Hasan Al-Basri mengulas tentang wara':

1.  Kekayaan itu ada dalam Qanaah (cukup dengan ayng ada)
2.  Selamat itu adalah bila bersendiri ( terpelihara dari mengumpat)
3.  Merdeka iatu adalah dalam meninggalkan syahwat.
4.  Cinta itu adalah dalam meninggalkan keinginan.
5.  Gembira selamanya adalah kerana bersabar dalam dunia sementara.

Zuhudlah kepada dunia, nescaya Allah akan kasih kepadamu.
Zuhudlah dengan apa yang ada di tanganmu, nescaya manusia akan kasih kepadamu.

Tuesday, 11 June 2013

Jangan sesekali menipu anak

  Pelajaran berguna bagi ibu bapa ialah apabila si anak mempelajari kaedah menipu secara profesional dari cara didikan ibu bapa terhadapnya.  Jangan menganggap anak tidak mengerti apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Hatta dalam soal membeli barang permainan / makanan ringan kesukaan anak. Sering kedapatan para ibu bapa yang memberi alasan "kedai tutup", " beli di kedai lain"- supaya anak mahu keluar dari kedai tersebut dan akhirnya pulang ke rumah tanpa menunaikan janji untuk ke kedai lain. Begitu juga bila si anak menuntut untuk pergi bercuti ke suatu tempat yang dijanjikan. Oleh kerana bajet kewangan agak kritikal maka ibu bapa memberi alasan seperti lupa / ada urusan lain dsb.

Sebaiknya dalam hal ini, berterus teranglah dengan si anak. Nyatakan masalah sebenar mengapa makanan tersebut tidak baik untuk dimakan, adanya MSG. Sudah pasti anak tidak faham apa itu MSG dan ia akan bertanya. Maka jawablah dengan maklumat yang benar, iaitu keburukan MSG, kesannya dll. Mereka memang tidak mengerti dan akan terus mahu makan 'jajan' tersebut. Tetapi percayalah wahai para ibu bapa beberapa hari selepas itu anak kita tidak akan meminta dibelikan 'jajan' tersebut. Yakinlah dengan aura keikhlasan yang dikeluarkan oleh tubuh kita dalam mendidik anak, bahawa ianya akan dirasai oleh si anak dan secara sendiri ia akan menuruti nasihat ibu bapa walaupun mereka tidak faham alasan yang kita berikan.

Pengalaman mengajar saya agar berterus terang dengan anak tentang masalah kewangan. Mengapa umi dan abi perlu bekerja. Penat ! banyak kerja! untuk cari duit, untuk beli makanan, pakaian, permainan, rumah dan lain-lain. Anak saya sepertinya tidak faham dengan penerangan yang panjang lebar. Tetapi kesannya sangat menakjubkan. Anak saya menyimpan duitnya di dalam dompetnya sendiri. Saya tidak tahu apa tujuannya, saya beranggapan dia hanya bermain-main dengan duit sahaja. Sehinga suatu ketika apabila ia meminta dibelikan permainan yang dicita-citakan, ia membawa bersama dompetnya yang berisi wang yang dikumpul hasil dari pemberian saudara mara. Saya amat terkejut bila dia mengambil permainan anak patung dan mengeluarkan wang dari dompet tersebut lalu  membayar di kaunter.  Anak saya belum pun berusia 5 tahun pada ketika itu!  Saya hanya mengajarnya konsep " Kita perlu berusaha untuk dapat sesuatu. Kalau nak beli sesuatu mesti usaha & bekerja untuk dapat duit". Hasilnya ia memang berusaha dengan cara dia untuk membeli sesuatu yang diidamkannya!

Suatu ketika yang lain, anak saya sangat suka makan choki-choki (saya tidak pernah mengajarnya makan makanan tersebut. tetapi bila bergaul dengan kanak-kanak lain di rumah pengasuh atau bersama sepupu-sepupunya, memang kanak-kanak suka benda tu) Saya menunjukkan tiada tanda halal pada pembungkusnya. Saya terangkan padanya maksud tanda halal tersebut. Kenapa orang Islam mesti makan makanan yang halal. Anak saya macam blur je...maklumlah masa saya cakap tu dia tengah menyedut choki-choki yang sedap tu! Dah beberapa batang dia makan. Ada baki lagi beberapa batang.. yang baki tu sampai la ni dia tak usik pun. Cuit sana cuit sini akhirnya saya buang je dan dia tidak teringin nak makan. Alhamdulillah!

Kesimpulannya , janganlah menipu anak semasa kita menghalang dia dari melakukan sesuatu yang kurang baik. Jelaskan dengan rasional yang benar . Jangan kecewa bila dia tak faham. Memang dia tak faham pun! Tapi aura kebenaran dalam perkataan ibu bapa akan dapat dirasai oleh si anak dan secara automatik ia akan menuruti nasihat itu walaupun mungkin mengambil masa beberapa hari. Dan jangan terkejut! sebenarnya anak anda tidak tahu pun mengapa ia melakukan apa yang disuruh oleh ibu bapa. Tiada paksaan! Semuanya terjadi secara semulajadi! Cubalah!

Friday, 7 June 2013

Benarkah Sardin = katak, Milo = cacing.. ( E110 ) ?

Artikel ini diambil tanpa disunting dari blog  : http://layarminda2.blogspot.com/2011/04/benarkah-sardin-katak-milo-cacing-e110.html

Admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan yang timbul. Walaubagaimanapun sebagai umat Islam kita berhak berhati-hati dalam membuat pertimbangan!!!

Benarkah Sardin = katak, Milo = cacing.. ( E110 ) ?

Artikel ini telah lama tersebar di Internet dan kini admin lihat tidak ketinggalan di Facebook kandungan e-mailnya ialah:

Dipetik dari email yang diberi-
kesahihan : tak pasti, just jaga2..

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-
Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..
N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…
n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .
milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….
Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

Admin menjumpai beberapa Sumber yang menafikan dakwaan tersebut:

ISU Sardin
Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadan an HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov. my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurny a adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.


ISU MILO
Assalamualaikum Puan Sarimah,

Terima kasih diatas pertanyaan mengenai produk MILO yang dikatakan menggunakan cacing sebagai bahan pengawet.
Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Produk kami tidak pernah menggunakan cacing untuk sebarang tujuan di dalam pemprosesan makanan.
Kesemua produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM . Kesemua bahan yang digunakan adalah bersih, suci dan sememangnya Halal.
Proses pengesahan Halal telah meneliti setiap satu bahan yang digunakan secara terperinci dari segi Halal, kebersihan dan keselamatan terhadap pengguna sebelum sijil Halal dikeluarkan.
Nestle Malaysia juga telah mempromosikan Halal ketahap global sehingga kami dipilih sebagai pusat rujukan bagi produk Halal bagi Nestle di seluruh dunia. Menghasilkan produk Halal adalah amat penting bagi kami dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna terutamanya terhadap pengguna Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Kami juga mempunyai komiti Halal dalaman sejak sekian lama bagi memantau dan mengembangkan lagi produk Halal ke peringkat antarabangsa
.
Logo Halal terdapat pada produk Nestle, MILO.

Diharap penjelasan kami dapat membantu pihak Puan dan seterusnya para pengguna yang sentiasa kami hargai.
Jika puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian bebas tol 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu. Sekian terima kasih.

Norlida Adnan
Nestle Consumer Services


Kesimpulan admin, banyak sekarang timbul produk dari luar dan dalam diragui kehalalnya. sahabat boleh merujuk kepada laman WEB HALAL JAKIM untuk melihat adakah produk tersebut halal. Sikap berhati-hati umat Islam sekarang harus di puji namun jangan pula timbul perkara FITNAH, Namun pesan admin yang terbaiknya utamakan produk yang dibuat oleh orang Islam kerana aspek halal dan toyibban itu lebih menjamin disamping jaminan halal dari jakim. Bukan sekadar produk makanan sahaja semua aspek kehidupan kita pun sepatutnya menepati syariat. Kita juga perlu berhati-hati untuk memilih kedai sebagai kedai pilihan kita untuk makan, kadang-kadang kedai tersebut nama agak glamour tapi tiada status halal (terutama kedai francais), saya di fahamkan kita juga perlu berhati-hati memilik kedai MAMAK, kerna banyak kedai bukan milik orang Islam dan tiada sijil halal. Apapun utamakan produk buatan orang Muslim disamping aspek kehalalannya juga dapat meningkatkan ekonomi umat Islam juga menjauhkan kita dari syubhah, juga mengelak kita terjebak dari menyumbang kepada sebahagian puak kafir yang jelas memusuhi umat islam.

SEBARANG INFO TAMBAHAN AMAT DIALU-ALUKAN

Tuesday, 12 February 2013

Majlis Perasmian

Setiap kejayaan dimulakan dengan dengan langkah pertama. Hari ini dalam sejarah 12 Februari 2013, berlangsungnya majlis yang ringkas, sederhana tetapi sangat bermakna. Terutamanya buat insan yang telah menyumbang tenaga, masa, wang ringgit dan idea demi merealisasikan sebuah impian membina legasi kekuatan ekonomi ummah, yang menyumbang kepada keutuhan jamaah.


Upacara memotong reben disertai bacaan doa oleh Ust Hj Salehen Bin Mokhyi











Abdullah bin Umar r.a. melaporkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;
  1. Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
  2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
  3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan
  5. Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”
(HR Ibnu Majah 4009)