Friday, 9 January 2015

Harta Di sisi Islam

Suatu hari,seorang sahabat nabi bernama Amr Bin As yang baru sahaja 3 bulan memeluk Islam mendatangi Rasulullah s.a.w. Baginda memandang Amr bin As sambil mengangguk-anggukkan kepala dan bersabda:

  'Aku ingin mengutus mu berperang bersama sepasukan perajurit. Semoga ALlah menyelamatkan kamu, memberikan ghanimah dan aku berharap engkau mendapat harta yang baik."

Amr bin As lalu menjawab : Wahai Rasulullah, saya tidak memeluk Islam lantaran ingin mendapatkan harta, saya memeluk Islam kerana kecintaanku terhadap Islam dan berharap boleh bersama-sama tuan".

 Sambil tersenyum Rasulullah s.a.w .berkata:  ' Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang soleh'.    ( Riwayat Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Bukhari)

Inilah nilai harta di sisi Islam Ianya sangat berharga bila berada di dalam genggaman orang-orang yang soleh. Ini kerana harta itu akan berkembang dengan sifat amanah orang yang dipertangungjawabkan menjaga harta tersebut. Walau harta itu milik peribadi namun sudah pasti dengan sifat soleh , sesorang itu akan mengeluarkan zakat dan membangunkan ekonomi umat Islam  lainnya.