Suatu hari,seorang sahabat nabi bernama Amr Bin As yang baru sahaja 3 bulan memeluk Islam mendatangi Rasulullah s.a.w. Baginda memandang Amr bin As sambil mengangguk-anggukkan kepala dan bersabda:
'Aku ingin mengutus mu berperang bersama sepasukan perajurit. Semoga ALlah menyelamatkan kamu, memberikan ghanimah dan aku berharap engkau mendapat harta yang baik."
Amr bin As lalu menjawab : Wahai Rasulullah, saya tidak memeluk Islam lantaran ingin mendapatkan harta, saya memeluk Islam kerana kecintaanku terhadap Islam dan berharap boleh bersama-sama tuan".
Sambil tersenyum Rasulullah s.a.w .berkata: ' Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang soleh'. ( Riwayat Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Bukhari)
Inilah nilai harta di sisi Islam Ianya sangat berharga bila berada di dalam genggaman orang-orang yang soleh. Ini kerana harta itu akan berkembang dengan sifat amanah orang yang dipertangungjawabkan menjaga harta tersebut. Walau harta itu milik peribadi namun sudah pasti dengan sifat soleh , sesorang itu akan mengeluarkan zakat dan membangunkan ekonomi umat Islam lainnya.
Friday, 9 January 2015
Saturday, 20 December 2014
Pengalaman vs pengetahuan
Banyak rupanya ilmu berkaitan perniagaan yang belum mampu kita gali
Hari ini , bersembang ringan dengan peniaga2 di Selangor Agro Fest di Stadium Sungai Besar, banyak membuka minda dan di sudut hati mengkagumi mereka yang berhempas pulas membangunkan perniagaan dari sifar sehingga lah berjaya mencipta produk dan memasarkan kepada pengguna.
Ilmu sahaja tanpa kekuatan jiwa untuk menimba pengalaman, pasti akan longlai di tengah perjalanan.
Pengalaman sahaja tanpa berusaha mencipta inovasi akan menghasilkan pendapatan mendatar walau setelah bertahun berniaga.
jadi .. sebenarnya di manakah kekuatan dan punca kejayaan seorang usahawan?

Saturday, 10 August 2013
Perniagaan Suatu Ibadah
Perniagaan dikendali sebagai ibadah perkukuh jihad
Ditulis oleh Mazilan Bin Musa. Posted in Berita Harian
PERNIAGAAN adalah jihad yang sangat dituntut oleh
Islam. Ia dilihat sebagai satu fardu kifayah yang mampu meningkatkan
penguasaan ekonomi orang Islam. Ekonomi yang mantap adalah keperluan
utama untuk membolehkan umat Islam terus bersaing dalam keadaan dunia
hari ini.
Allah berfirman, maksudnya: "Pergilah kamu
beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan
ringan (dan mudah bergerak) atau dengan keadaan berat (disebabkan
pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa
kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 41)
Sebagai mengupas ayat di atas, Hamka menyebut: "Agama
Islam tidak akan dapat tegak, dan tidak akan sempurna tegak, kalau
tidak diperjuangkan (jihad), dan jihad itu, memakan ongkos. Jihad dengan
'air ludah' saja ialah bicara yang kosong... Perlu sangat supaya orang
Islam kaya raya, kerana dengan kekayaan itulah dia akan dapat
mempertinggi kemuliaan budinya, kebudayaannya, keagamaannya, dan
pembangunannya." (Keadilan Sosial Dalam Islam 1985, muka 50-51).
Rasulullah diriwayatkan berkata bahawa: "Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah daripada perniagaan."
Sejarah awal perkembangan Islam sendiri menyaksikan bagaimana Rasulullah saw dan sahabat terbabit dalam perniagaan.
Rasulullah pada zaman muda menguruskan perniagaan
bagi pihak Siti Khadijah, seorang ahli perniagaan berjaya yang
menggunakan harta kekayaannya untuk memajukan Islam.
Bagaimanapun, kekayaan di dunia bukan matlamat akhir
peniaga Muslim. Destinasi akhir perjalanan mereka ialah kehidupan yang
lebih baik di akhirat. Oleh itu, kegiatan perniagaan perlu dilihat
sebagai satu ibadah yang mengimbangi keperluan hidup di dunia ini dan
persediaan untuk kehidupan di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah bermaksud: "...Dan
tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah
(kepada hamba-sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77)
Oleh itu, setiap peniaga Muslim wajib memastikan
supaya setiap kegiatan perniagaannya dilakukan menepati keperluan
syariah dan melaksanakan ikrarnya kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah al-An'am,
ayat 162)
Umat Islam digalakkan supaya tidak mengehadkan
penggunaan harta sesama sendiri, terutama secara yang salah dan kita
digalakkan supaya bergiat dalam perniagaan. Ini dijelaskan oleh Allah
melalui firman-Nya bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu
makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara
kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya
Allah sentiasa mengasihani kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 29)
Amalan perniagaan Islam hanya dapat ditingkatkan di
kalangan peniaga Muslim melalui penghayatan sepenuhnya terhadap falsafah
ekonomi Islam itu sendiri.
Falsafah ekonomi Islam berpaksikan kepada tiga doktrin utama iaitu:
Penghayatan bahawa Allah sebagai pemilik sebenar.
Allah adalah Pencipta segala kejadian, termasuk
manusia sebagaimana firman-Nya, bermaksud : "Dialah yang memiliki segala
yang di langit dan yang ada di bumi dan juga yang ada antara
kedua-duanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi."
(Surah Taha, ayat 6)
Sesungguhnya segala kegiatan manusia di dunia, termasuk kegiatan ekonomi semata-mata untuk mencari keredaan Allah.
Kesedaran bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini.
Sebagai khalifah di bumi ini, manusia mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka membawa kesejahteraan
kepada orang lain dalam pimpinan mereka.
Rasulullah bersabda: "Semua kamu ialah pemimpin dan
bertanggungjawab atas kepemimpinannya..." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan Muslim).
Allah turut berfirman, maksudnya: "Dan tiadalah kami
mengutuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat bagi semesta alam."
(Surah al-An'am, ayat 38)
Kesedaran, kefahaman dan penghayatan konsep keadilan sosial
Islam sangat menitikberatkan aspek keadilan sosial,
termasuk dalam aspek perekonomian. Islam melarang harta kekayaan
dimonopoli oleh sekumpulan kecil manusia, sedangkan majoriti masyarakat
terbiar dalam kemiskinan.
Dalam hal ini, Allah berfirman, maksudnya: "Dan
nafkahkanlah di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri
dengan tanganmu kepada kebinasaan, dan buatlah kebaikan kepada orang
lain, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan." (Surah
al-Baqarah, ayat 195).
Thursday, 8 August 2013
Minyak Kelapa Dara - Anugerah Alam Kepada Manusia
| Setiap hari minum Minyak Kelapa Dara @ habatus Sauda @ Madu-Apa yang akan anda dapat ? | ||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||
| KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH | ||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||
| Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan | ||||||||||||||||||||||||||||||
|
MINYAK KELAPA DARA - KINI BOLEH DI DAPATI DI KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM-
Tuesday, 6 August 2013
Pur Q Active Kid's Advance

Pur Q Active Kid's Advance adalah makanan tambahan utk membantu anak anda supaya lebih fokus dalam apa jua pelajaran yang mereka belajar.Terapi Ayat Ruqyah juga, insyallah dapat membantu pembentukan rohani yang baik supaya menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
Kini Pur Q boleh di dapati di Koperasi Muslimah Sabak Bernam . Bantulah anak anda untuk menjadi anak soleh solehah. Selamat Mencuba!!!
Saturday, 29 June 2013
3 kerugian orang yang masuk masjid
Kuliah maghrib oleh : Ust Tuan Ibrahim Tuan Man (guru ku-ITM pahang 1990-1991)
Masjid Makmuriah 15/6/2013
3 kerugian orang yang masuk masjid:
1. orang yang masuk ke masjid tetapi tidak berniat i'tikaf
2. orang masuk masjid tetapi tidak solat tahiyyatul masjid
3. orang yang masuk ke masjid tetapi tidak mahu mengambil saf pertama
Perumpamaan Solat Tahiyyatul masjid.:
Apabila kita bertandang ke rumah saudara mara, pastinya tuan rumah akan berbesar hati
menjamu kita dengan makanan yang paling istimewa yang ia ada. Malah ada juga yang sanggup
mengeluarkan menjamu tetamunya dengan makanan yang belum dijamah oleh anak-anaknya sendiri.
Begitu juga solat tahiyyatul masjid, ia umpama seorang hamba sedang bertandang ke rumah Allah.
Dan Allah amat berbesar hati untuk menjamu tetamunya dengan sesuatu yang sangat istimewa.
Itulah dia solat tahiyyatul masjid. Betapa istimewanya solat tersebut di sisi Allah , hanya Dia
yang mengetahui. Umpama tuan rumah yang sangat gembira dan berbesar hati menjamu tetamunya
dengan makanan paling istimewa.
Wallau hu a'lam

Monday, 24 June 2013
Renungan buat diri yang lupa
Kupasan Dr Zulkifli (TV Al Hijrah)
Maksud wara' : menahan diri dari melakukan yang haram.
Saidina Ali r.a melihat seorang yang sangat muda sedang mengajarkan agama. Lalu Saidina Ali r.a hendak menguji orang muda tersebut lalu bertanya: "Apa yang baik di dalam agama dan apa yang buruk dalam agama" . Lalu jawab pemuda tersebut "Yang baik ialah wara' dan yang buruk ialah tamak".
Hasan Al-Basri mengulas tentang wara':
1. Kekayaan itu ada dalam Qanaah (cukup dengan ayng ada)
2. Selamat itu adalah bila bersendiri ( terpelihara dari mengumpat)
3. Merdeka iatu adalah dalam meninggalkan syahwat.
4. Cinta itu adalah dalam meninggalkan keinginan.
5. Gembira selamanya adalah kerana bersabar dalam dunia sementara.
Zuhudlah kepada dunia, nescaya Allah akan kasih kepadamu.
Zuhudlah dengan apa yang ada di tanganmu, nescaya manusia akan kasih kepadamu.

Subscribe to:
Comments (Atom)