Tuesday, 12 February 2013

Majlis Perasmian

Setiap kejayaan dimulakan dengan dengan langkah pertama. Hari ini dalam sejarah 12 Februari 2013, berlangsungnya majlis yang ringkas, sederhana tetapi sangat bermakna. Terutamanya buat insan yang telah menyumbang tenaga, masa, wang ringgit dan idea demi merealisasikan sebuah impian membina legasi kekuatan ekonomi ummah, yang menyumbang kepada keutuhan jamaah.


Upacara memotong reben disertai bacaan doa oleh Ust Hj Salehen Bin Mokhyi











Abdullah bin Umar r.a. melaporkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;
  1. Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
  2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
  3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan
  5. Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”
(HR Ibnu Majah 4009)

Thursday, 18 October 2012

Kedai Koperasi Muslimah dalam pembinaan

Tapak Pembinaan kedai Koperasi Muslimah Sabak Bernam terletak berhadapan Markaz Bt 1 Tebuk Pulai.

Friday, 18 May 2012

Koperasi Menjana Ekonomi Muslimah

Kekuatan politik yang didokongi oleh kekuatan ekonomi yang kukuh merupakan satu bonus. Ianya mampu mendukung aspirasi perjuangan politik lebih-lebih lagi politik yang bertunjangkan aqidah Islam yang benar. Perjuangan Rasulullah s.a.w. juga banyak dibantu oleh kekuatan ekonomi Siti Khadijah. Sejarah membuktikan bahawa Siti Khadijah , seorang wanita bangsawan, yang hartawan, yang menyerahkan seluruh hartanya untuk perjuangan Rasulullah s.a.w. 

Kita lihat di Kelantan. Mungkin Kelantan dikenali sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Namun kekuatan mereka ialah, bangsa melayu kelantan yang memegang ekonomi mereka, bukan bangsa lain. Di Selangor kita mungkin boleh berbangga dengan kemajuan ekonomi dan negeri terkaya di Malaysia. Tetapi berapa peratuskah kekayaan itu milik orang Islam. Tak perlu pergi jauh hingga ke bandar besar Shah Alam atau Petaling Jaya, lihat saja di pekan Sungai Besar danSabak Bernam, berapa buah kedaikah milik orang Islam? Mungkin orang boleh kata Arked Man kan kedai melayu! tapi orang kita tetap memenuhkan poket tokey kedai Yang Yang. Kita juga nampak kedai perabot Hj Ibrahim, tapi berapa ramai yang suka menjadikannya destinasi untuk membeli perabot. Kita juga biasa lalu depan kedai Rahman Songkok. Tapi masih lagi beli surat khabar di kedai-kedai bukan milik orang Islam! Hairan kan?

Itulah hakikat kekuatan ekonomi kita. Memang sukar untuk kita jelaskan. Tetapi kepercayaan itu masih jauh. Masyarakat Islam masih memandang kepada perbezaan harga yang sepuluh atau dua puluh sen, berbanding memberi sokongan untuk membantu perniagaan orang kita. Mungkin ini disebabkan sesetengah peniaga melayu ini memang suka menaikkan harga dan menipu? wallahu'alam.

Monday, 14 May 2012

Sejarah Bermula!

Benarlah kata pendeta," Hari ini adalah sejarah hari esok". "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". "Belakang parang diasah lagikan tajam". Dari sebuah institusi kecil dibawah naungan DMPKSB, yang menjalankan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan, LE akhirnya berjaya didaftarkan dengan SKM  sebagai sebuah pertubuhan sah yang menjalankan aktiviti ekonomi. Mungkin gambaran awal agak negatif dek kerana kurang kepercayaan dan beberapa siri kegagalan koperasi yang pernah ditubuhkan di Sabak Bernam. Namun, atas rasa keraguan itu, saya memegang kata-kata Kak Senah, "UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG BESAR, KITA HARUS MEMILIKI JIWA YANG BESAR". Langkah pertama hari ini akan diteruskan oleh generasi akan datang, demi merealisasikan matlamat menjadi sebuah legasi ekonomi yang menaungi semua aktiviti muslimat. InsyaAllah!