Wednesday, 14 October 2015

TEPUNG GANDUM KELUARAN BUMIPUTERA


  Ahmad menerangkan keistimewaan tepung gandum keluaran syarikatnya.

Halal, berkualiti dan tanpa peluntur

Pemiliknya, Ahmad Hassan berkata, tepung gandum keluaran syarikatnya diimport khas dari Turki dan India, manakala Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum ia dibungkus.

Menurutnya, tepung gandum berprotein tinggi diperoleh dari Turki manakala rendah protein diimport dari India.

"Tanpa penggunaan bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu.

"Selaras dengan slogan 'Pilihan Utama Anda', syarikat berusaha memberi yang terbaik supaya misi tercapai, sekali gus menjadikan Bidara Flour pembekal tepung gandum ternama Bumiputera di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, syarikat sentiasa memastikan tepung gandum yang dihantar berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta dijual pada harga yang kompetitif.

Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant.

"Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.


Rancang buka kilang proses gandum

Ahmad berkata, sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Bidara Flour sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan.

Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, syarikat merancang membina kilang pemprosesan gandum sendiri pada masa akan datang supaya pelanggan boleh mendapatkan produk tepung gandum buatan Bumiputera dengan lebih mudah.

“Kami juga berhasrat menghasilkan produk sejuk beku berasaskan tepung gandum seperti roti canai, capati dan sebagainya dengan jenama sendiri.
"Syarikat juga menggalakkan pengeluar Bumiputera lain mengambil peluang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk industri tepung gandum," katanya.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera.

Saturday, 26 September 2015

MEE MUSLIMAH - SATU SEJARAH

Koperasi Muslimah Sabak Bernam terus mengorak selangkah ke hadapan. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang.  28 Mac 2015 sejarah Koperasi Muslimah dicipta lagi. Produk pertama yang berjaya dikeluarkan iaitu Mee Kuning Berprotin Tinggi tanpa asid borik. Ianya adalah hasil kerjasama padu  para Ahli Lembaga Koperasi yang sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia berkorban tenaga, masa dan harta demi kelangsungan projek koperasi.


Memandangkan produk yang ada dipasaran hari ini adalah dihasilkan dari bukan bumiputera, Koperasi Muslimah Sabak Bernam merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah bagi menyediakan makanan halal dan suci kepada umat Islam khususnya di Sabak Bernam.

Justeru, dengan wujudnya projek yang diimpikan ini, ianya mampu memberi peluang pekerjaan kepada 
 muslimah setempat di samping menjadi lambang kekuatan ekonomi umat Islam yang berteraskan jamaah dan dakwah. 


 Bergotong royong membersih dan mengemas tempat untuk bengkel mee muslimah

 Membeli peralatan utama iaitu mesin mee dan mesin penguli
 Tepung berprotin tinggi- mahai berganda dari tepung gandum biasa tu.....
 kerja-kerja pemasangan sinki
 proses bermula...teruja
 mee sulung koperasi muslimah dilahirkan jua akhirnya...fuhhh...banyak betul cabarannya
 proses seterusnya merebus....cerianya kak dayah
 aikk?....orang dah siap...hang baru nak tapis tepung ke su?..oppsss...second round laa.. sori
 kak zah yang cantik... uli tepung pun cantik
 berat se paket 500 gram ...aka...1/2 kg
 alhamdulillah...hasil tuaian hari pertama..!

Tadaaaa......Mee Muslimah menjadi realiti....bangga nya...produk muslim yang sedap dan berkhasiat






LAWATAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE KOPERASI MUSLIMAH SABAK BERNAM pada 22/8/2015




KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN, PENGHASILAN MEE KUNING, SOS PENCICAH DAN SOS CILI DI KOLEJ KOMUITI SABAK BERNAM PADA 28 FEBRUARI - 1 MAC 2015



Menyukat tepung dan bahan ntuk menghasilkan mee



Mencanai dan memesin mee



Mee kuning berprotin tinggi terhasil






Memasak sos cili






Sos cili dan sos pencicah terhasil


TEMPAHAN UNTUK KE SYURGA

Terkesan dengan kuliah subuh bersama ust Abdan, sempena Sambutan Hari Keluaga Atok Om pada Hari Raya AidulAdha 2015 di Cameron Highland.

Sebagaimana kita selalunya merancang percutian bersama keluarga dengan perancangan yang rapi dan memakan masa yang lama sebelum tarikh Hari Keluarga berlangsung. Kita membuat tinjauan hotel manakah yang hendak diduduki, peralatan yang dibawa, makanan yang hendak dimasak, aktivti menarik apakah yang akan dilakukan sepanjang program, semuanya dibuat dengan penuh teliti untuk memastikan sambutan kali ini benar2 menarik dan mampu menambah erat ukhuwah sesama ahli keluarga. Kita pastinya mahukan majlis berjalan lancar, di samping tempat penginapn yang selesa dan terbaik.

Itulah juga sebenarnya yang wajib kita lakukan untuk membuat tempahan tempat kita di syurga. Kita harus menempahnya dari sekarang , mahukan mahligai yang bagaimana? taman-taman indah yang dihiasi dengan apa? buah2an dan tanaman apakah yang tumbuh di sekitar istana kita, bidadari yang secantik apa? Semua itu harus ditempah dari sekarang! Kita boleh menempahnya Sekarang!

Persiapan untuk syurga indah yang kita impikan, memerlukan persiapan rapi dan kos yang tinggi. Bukan senang untuk mendapatkannya.Perlu 'survey' keperluan yang hendak dibawa supaya bekalan tidak habis dipertengahan jalan. Kumpullah dari sekarang! Berjimat cermatlah agar kita mampu membeli segala peralatan dan keperluan seperti yang diimpikan.

Jangan berlengah lagi! Kumpullah dari sekarang!

Friday, 9 January 2015

Harta Di sisi Islam

Suatu hari,seorang sahabat nabi bernama Amr Bin As yang baru sahaja 3 bulan memeluk Islam mendatangi Rasulullah s.a.w. Baginda memandang Amr bin As sambil mengangguk-anggukkan kepala dan bersabda:

  'Aku ingin mengutus mu berperang bersama sepasukan perajurit. Semoga ALlah menyelamatkan kamu, memberikan ghanimah dan aku berharap engkau mendapat harta yang baik."

Amr bin As lalu menjawab : Wahai Rasulullah, saya tidak memeluk Islam lantaran ingin mendapatkan harta, saya memeluk Islam kerana kecintaanku terhadap Islam dan berharap boleh bersama-sama tuan".

 Sambil tersenyum Rasulullah s.a.w .berkata:  ' Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang soleh'.    ( Riwayat Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Bukhari)

Inilah nilai harta di sisi Islam Ianya sangat berharga bila berada di dalam genggaman orang-orang yang soleh. Ini kerana harta itu akan berkembang dengan sifat amanah orang yang dipertangungjawabkan menjaga harta tersebut. Walau harta itu milik peribadi namun sudah pasti dengan sifat soleh , sesorang itu akan mengeluarkan zakat dan membangunkan ekonomi umat Islam  lainnya.

Saturday, 20 December 2014

Pengalaman vs pengetahuan

Banyak rupanya ilmu berkaitan perniagaan yang belum mampu kita gali
Hari ini , bersembang ringan dengan peniaga2 di Selangor Agro Fest di Stadium Sungai Besar, banyak membuka minda dan di sudut hati mengkagumi mereka yang berhempas pulas membangunkan perniagaan dari sifar sehingga lah berjaya mencipta produk dan memasarkan kepada pengguna.

Ilmu sahaja tanpa kekuatan jiwa untuk menimba pengalaman, pasti akan longlai di tengah perjalanan.

Pengalaman sahaja tanpa berusaha mencipta inovasi akan menghasilkan pendapatan mendatar walau setelah bertahun berniaga.

jadi .. sebenarnya di manakah kekuatan dan punca kejayaan seorang usahawan?